Friday, December 25, 2009

Pengorbanan

Setiap kali jantung berdetik..,menandakan kita masih dapat menghela nafas.Setiap kali mata ini berkelip itu tandanya cinta berputik. Menyintai merupakan satu latihan jasmani, untuk semua makhluk. Yang tua di cintai oleh anak-anak, yang muda menyintai ibu bapa , sang isteri menyintai suami, sang suami menyintai isteri dan yang paling agung adalah cinta kita kepada Allah dan Rasul.

Pengorbanan mempunyai definasi yang terlalu banyak tetapi bila kita halusi pengorbanan mempunyai jalinan yang amat rapat dengan nilai cinta. Ada kesinambungan di situ. Kata pujangga yang aku masih ingat ,bila kita melakukan pengorbanan biasanya yang kita tahu ..,bilamana apa yang ada pada kita berlebihan dan kita beri kepada orang lain baru kita katakan pengorbanan. Rupanya definasi itu silap kerana ianya merupakan definisi sedekah bukan pengorbanan. Yang agak tepat definasinya ialah apa yang kita miliki atau yang kita sayangi kita beri kepada orang lain. Contohnya aku ada sehelai kain, aku dapati ada orang yang sangat memerlukan jadi untuk melakukan pengorbanan aku beri kain aku kepada orang walau aku hanya ada sehelai kain sahaja.

Oleh itu tidak ramai orang mahu melakukan pengorbanan kerana adakalanya menyentuh emosi kita. Hanya orang benar-benar faham baru dia mampu melakukan pengorbanan.

Sebagai seorang insan aku amat menyanjungi pengorbanan Siti Khadijah iaitu isteri Nabi Muhammad SW

No comments:

Post a Comment